December 28, 2012

tiga

Aizz masuk ke dapur untuk sarapan dan langkah kakinya terhenti. Macam tak percaya tengok adik bongsunya ke hulu ke hilir di ruang dapur awal pagi. Paling tak ada la kot kalau waktu waktu matahari tegak atas kepala baru nampak batang hidung. 

"Adik buat apa ni? Mama mana? Kenapa kau yang masak nanti sakit perut aku." usik Aizz sengaja.

"Mama tak balik semalam jadi adik la buat semua ni. Tadaaaa... Aizz kau suka makan ni kan? Nahh." Ash hulur sarapan.

Aizz buat muka pelik. Tak pernahnya budak ni masak dan hari ni boleh pulak tiba-tiba masak sarapan kegemaran dia dari dulu kini dan selamanya. Sardin roll. Dibawanya sardin roll itu ke ruang tamu buat hadam sambil menonton rancangan menarik Plasma TV berbekalkan astro. Selesai kerja di dapur Ash ikut duduk di sofa ruang tamu.

"Adik... ermm... hmm...kau lain" luah Aizz

"Tu soalan ke ayat penyata eh? Apa yang lain adik sama ja kuat lagi." Terus ditumbuk lengan Aizz

"Hoii! Sakit la."

"Macam perempuan la kau ni" Ash mengejek.

"Kau tu cuba jadi perempuan sikit adik."

"Naaa, adik memang perempuan kan? "

"See see. Sejak bila Ashley a.k.a Ash pandai mengaku dia perempuan. Serius la dik kau betul lain. Kenapa?" Aizz menyoal tak puas hati.

"Nothing. Not-A-Thing" 

"Aku boleh sense la kau punya tembelang tu dik. Okay bila kau rasa nak cerita cari aku. Aku nak mandi. " Aizz faham perangai Ash.

"Hishhh, patut bau busuk kat kau" 

"Apa dia?" Ash menyoal dan zappppp muka Ash disapa bantal.

"Sakit la Aizz"

"Kosong kosong" Aizz naik tangga sambil nyanyi lagu Kosong



**********


Pintu bilik Aizz diketuk. Ash membuka pintu setelah Aizz menyahut dari dalam.

"Hahh. Dah ubah fikiran ke?"

"Aizz, adik nak jadi macam Aizz. Boleh tolong adik? Ash mula bicara 

"Macam aku? Macam mana?"

"Adik tak nak susahkan hati mama dengan abah dah. Susahkan kau. Adik nak berubah."

" Sebab tu kau kat dapur? Buat sarapan?"

"Yupp. Orang perempuan patut buat semua tu kan? Tak ke? "

"Betul sangat la tu. Aku happy. Betul. Kotak kat depan pintu tu untuk apa?"

"Baju-baju lama. Baju yang fit, sleveless, skinny jeans bla bla bla tu semua adik nak buang."

"Ngaaaaa. Macam ni baru adik aku. Hi-5 sikit." tangan diangkat

"Eh, habis sebelum ni bukan ke?"

"Hahahaha. Petang ni jom? Bakar lemak sikit kat tasik depan tu."

"Well, i'm in my brother" 




***

teruk-teruk mana saudara kita terima dia seadanya sebab tak mustahil pon kan dia akan berubah nanti dan yupp hubungan kekeluargaan tu perlu dijaga. Mana lagi nak cari silaturahim yang macam tu. 


littleqalbu




December 27, 2012

tidur dan mati

Salam selamat semua. masih ada yang lena barangkali atau memang sudah dilenakan untuk selamanya. Bagaimana anda boleh terlalu yakin untuk tidur nyenyak sedang ajal datang tak kenal masa. Ajal tu dia tak ada pon nak hantar mesej cakap dia on the way, tak ada pulak macam alam clock korang yang macam tak berfungsi tu sebab korang boleh main snooze sesedap rasa jagung bakar pasar malam. Hado? TAK ADA ! So apa masalahnya nak bangun subuh bila dah orang gerak pagi-pagi tu. Nampak tak peluang Allah bagi untuk korang hidup. Nikmat tu jangan la salah guna. Tidur tu ibadah? yes. tapi ibadah yang kena pada masa kena pada tempat. Takut takut nanti malaikat yang datang gerak korang dan sesungguhnya korang tak boleh snooze dah bila Izrail yang mengejutkan korang. Takkan awal sesaat dan takkan pula lambat sesaat.

little qalbu

December 17, 2012

doa sembunyi sembunyi

Bila kita pakai kopiah, serban, tudung labuh,stokin,handsock baju labuh kalau boleh yang badan saiz S pon nak cari baju XL, jangan rasa rendah diri depan orang lain sebab kita patut bangga sebenarnya tapi jangan la sampai ke riya'. Eh. Sebab, sebab apa? Sebab kadang-kadang diorang ni dalam hati terdetik ' bila la aku nak jadi macam dia' manusia kadang nak berubah tapi tak tahu cara, tak tahu malu nak tanya, nak tunggu hidayah sampai bila ye dak? Hidayah tu kalau boleh datang bergolek memang tak ada la dosa pahala syurga neraka. 

Tapi bila diorang meluah walaupun nampak macam bersenda jangan la marah sebab Allah detikkan hati dia untuk cakap macam tu. Contoh, contoh macam



"Bila la aku nak jadi macam kau...HAHAHAHAHA" *gelak tu mungkin takut pandangan orang


"Lepas ni kita pakai kopiah sekali serban harihari eh you..hakhak" *hidayah tu kadang manusia tak sedar



Jadi, jadi jangan la sesedap rasa jagung pasar malam pergi marah, atau berkecil hati. Bukak basmalah dalam hati doa untuk dia. Kita ni pun bukan haibat sangat, bukan elok sangat, bukan beriman sangat. Beriman sangat ke? idak pun kalau tanya diri sendiri rasa tak mampu nak jawab pon. Doakan la merekamereka yang hampa semua dok sayang ketatketat sangat tu berubah nanti hampa pon dapat reflect doa tu. Baru nampak haibat.



“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.”


(Riwayat Muslim)


Nampak, nampak, nampak tak kesan kehaibatan tu bila mendoakan? So raise your hand and pray. Cukup la mengkritik, cukup la menghina, memburukkan orang. Bukan budaya tu yang kita nak bawak. Eh biar lah kubur masing. You... I nak cakap sikit ni. Memang la kubur masingmasing,asingasing tapi I nak rest tenang dalam kubur tu taknak la jiran kubur I bising menjerit sakit ke apa. Sebab masa tu I dah tak boleh nak tolong dah pon. Hahh. Haishhh. Fikir la sampai mana kita nak sombong.


littleqalbu

December 15, 2012

dua

Ash sibuk dalam bilik terdengar ketukan pintu tanpa suara. Bilik bersepah takut yang ketuk pegawai pejabat kolej percuma nanti kena kompaun.

"Ashhhhh... Asalamualaikum kau ada kat dalam ke tidak Ash"

Ash kenal sangat suara tu. Kawan merangkap tukang bebel tak berbayar dalam bilik. Tak bawak kunci la tu. Ngomel Ash sendiri sambil bangun memulas tombol pintu.

"Masya Allah Ash apa kena kau ni yang sampai berselerak serabut macam ni? Larat kau nak kemas ni"

"Alaaa nanti aku kemas la Add"

"Kau nak buat apa sebenarnya ni dengan barang-barang ni semua?"

"Aku nak pilih yang mana elok aku simpan yang tak berapa tu ingat nak alter tak pun donate je mana-mana"

Saat ni Addnin memang tak mampu nak melayan hangin apa yang masuk dalam kepala kawannya seorang ni sampai macam ni. Nak kata bergaduh boyfriend noooooo bertuah minah ni nak ada. Secret admirer bagi hadiah Inche Dustbin yang dapat. Ash memang cukup cantik dengan wajah putih bersih tapi sangat jarang dia bercakap dengan lelaki kalau tiada yang penting. Mahu tak mahu Add tetap perlu ambil tahu perihal Ash.

"Ash, kau tak nak cerita kat aku ke?"

"Hmmm.." Berat keluhan dilepaskan. "Kau betul nak tahu? Kau takkan judge aku teruk-teruk kan?"

"Naaa pernah ke aku judge kau teruk-teruk sebelum ni?"

"Tak. Okay macam ni lah senang cerita aku nak berubah tapi aku tak tahu nak mula dari mana. So, aku mula dari benda-benda basic aku la."

"And you still have no idea why with this sudden change ey? Kau nak aku tolong ke" Jujur Add gembira rasa nak senyum sampai terkoyak mulut mendengar pengakuan Ash. Sungguhla jangan menilai masa silam seseorang. Manusia berubah.

"Addddd...?"Ash dah mula nada kiasan dia.

"Kau nak minta apa?"

"Tak. Bukan. Aku nak terima kasih. Yupp. Thanks Add" Ash ikhlas.

"Whoaa, that last ayat macam kau berterima kasih aku terima kau jadi kawan kat mukabuku"

Ketawa meletus dalam perut masing-masing sampai senak. Ini memang terbaik punya kawan.


***


Dan bagi aku jangan la bila kawan nak berubah kau tanya banyak-banyak. Cukup sekali kalau dia tak menjawab kita hormat. Boleh kan kita tolong bawa dia pergi siratul mustaqim tu. Bawa dia seperti dia saudara baru.


littleqalbu

satu

Hujan lebat galak membasahi lantai bumi detik itu. Detik pagi fana sebelum Sang Pencipta menjemput seluruh isi alam bertemu denganNya. Mendapati waktu mula menganjak ke jam enampagi Ashley bangun ditarik keluar bersama berus gigi dan colgate. Laju mengatur langkah ke tandas bimbang terlewat bertemu Pencipta. Dek kekalutan Ashley terlanggar kaki kerusi dan rakan biliknya jaga disebabkan bunyi bising.

"Kenapa Ash yang bising sangat ni?" Addnin bersuara bertanya

"Tak ada apa la Add. Sorry aku kalut sikit nak solat ni takut terlambat."

Add ambil jam. Menggaru kepala yang tak gatal sambil hulur jam kepada Ash "Baru pukul empat la Ash mana masuk waktu subuh lagi. Kau ayan apa ni?"

"Allah! Tadi aku tengok pukul enam. Betul. Patutla tak ada orang kat tandas. Aku ingat semua orang pengsan"

"Haiyya. Eh! dah alang-alang kita jaga ni qiam jom Ash? Tunggu aku "

"Nice one. Ahaa okay then aku tunggu atas sejadah ni aje la Add. "

"Kejap. Kau jangan tidur pula, aku siku kang"

"Ai ai madam. Cepat sikit " Jawab Ash malas


***selesai qiam, salam cium pipi


"Add hari ni isnin kan aku rasa nak puasa. Kau nak ikut"

"Hahh? Mana?" Add tak mendengar

"Mana apanya. Aku cakap nak puasa hari ni." 

"Seriously Ash? Okay i'm in" Add bagi kata putus, dia ikut tapi dia pelik. "Ash...mind if i ask you something?"

"Naaaa...apa yang serius macam tu? Shoot me. What is it?"

"Benda apa yang buat kau jadi macam ni, maksud aku kau lain. Dulu subuh kau tak kira pon gajah ke dinosaur. Lepas tu nak puasa lagi. Mana datang angin tu semua?"

"What if lepas ni aku nak pakai stokin, tudung labuh, ekstrem sangat ke ?"

"Kau serius? Ni tak termasuk dalam lawak menjatuhkan rahang aku kan?"

"Aku serius. Betul-betul ni!" sungguh-sungguh Ash buat pengakuan "..tapi tu la i've no valid reason. Initially yes maybe sebab kena angin lepas teman kau pergi kursus kahwin tu kot"

Macam nak terkeluar biji mata Add mendengar jawapan santai Ash "Kau jangan buat main lah. Kau jangan cakap kau jatuh hati kat ostad tu"

"Kau sangat pandai membaca isi hati aku. Haha. Tak ada la aku jatuh hati pon tapi aku teringin nak imam yang macam dia. So i've to change for good la kan"

"Aku tak faham la Ash, serius tak. Betul-betul la" Add bingung lagi

"Lah. Dah la makan cepat, karang habis waktu nak sahur jangan nak mengadu kebulur" Ash malas buat penjelasan

"Ashhhhhhhhhhhhh!" Add geram



***



Dan aku rasa maksud Ash tu kalau pon dia tak dapat ostad tu, at least dapat yang macam ostad tu pon tak pe dah. Kalau dia masih macam dulu subuh tak kira gajah dinosaur, yang macam ostad pon belum tentu nak cari dia.

littleqalbu





sebelum itu

Salam and greetings to all

Before that please be noted that any part of this sequel doesn't relate with any person. If it looks like having the similarity then may that be an oppurtunity given to you readers to explore more on yourself and selfreflection perhaps. i write on what come through my mind. Enjoy

**********

the sequel will be in malay and english. manglish i mean. so stay tuned

littleqalbu







kehadapan : satu permulaan

Sebelum aku berbahasa melebur kata dengan lebih jauh molek aku ucapkan lafaz basmalah dan kata salam sejahtera . Aku siapa? Entah, sama seperti kalian penghuni alam dan bakal bergelar penghuni kubur kemudian. Panggil aku LITTLEQALBU



Kita terus


Blog ini masih baru . putihnya bersih. Aku menulis bukan untuk perhatian pujian berbagai. Hanya perkongsian untuk kita capai dan situ aku mula menekan papan kekunci tanpa henti tatkala aku sedar betapa terlalu ramai sahabat terus gasak menempuh pancaroba dunia tidak beralas . Ini aku fikir bisa jadi jalan dakwah terbaik. 

Jika ingin berdakwah mengapa tidak pergi usrah? ..Di sana ada bulatan gumbira, di sana ada bicara tazkirah, di sana ada ucapan ilmiah.. Naaa kalau hanya nak harapkan usrah mahukah kamu yang berseluar rabak, berkaler rambut, berjerut tali di leher, berskirt pendek, berlapang dada hadir ke usrah yang kamu kata banyak dakwah itu? tapi kalau aku sampaikan sahaja dakwah atas maya ini mungkin yang berseluar rabak sedang membaca, yang berkaler rambut sedang teruja, yang berskirt pendek paling tidak mungkin sedang menundukkan muka.



Sampaikanlah walau sepotong ayat. 



Itu yang cuba hendak aku lakukan. Cuma itu. Sahaja. Cukup. Ahh ini memang bicara tidak berpena bicara ini maya kadang payah tapi aku nak gagah sebab ini jalan dakwah .

littleqalbu