December 15, 2012

satu

Hujan lebat galak membasahi lantai bumi detik itu. Detik pagi fana sebelum Sang Pencipta menjemput seluruh isi alam bertemu denganNya. Mendapati waktu mula menganjak ke jam enampagi Ashley bangun ditarik keluar bersama berus gigi dan colgate. Laju mengatur langkah ke tandas bimbang terlewat bertemu Pencipta. Dek kekalutan Ashley terlanggar kaki kerusi dan rakan biliknya jaga disebabkan bunyi bising.

"Kenapa Ash yang bising sangat ni?" Addnin bersuara bertanya

"Tak ada apa la Add. Sorry aku kalut sikit nak solat ni takut terlambat."

Add ambil jam. Menggaru kepala yang tak gatal sambil hulur jam kepada Ash "Baru pukul empat la Ash mana masuk waktu subuh lagi. Kau ayan apa ni?"

"Allah! Tadi aku tengok pukul enam. Betul. Patutla tak ada orang kat tandas. Aku ingat semua orang pengsan"

"Haiyya. Eh! dah alang-alang kita jaga ni qiam jom Ash? Tunggu aku "

"Nice one. Ahaa okay then aku tunggu atas sejadah ni aje la Add. "

"Kejap. Kau jangan tidur pula, aku siku kang"

"Ai ai madam. Cepat sikit " Jawab Ash malas


***selesai qiam, salam cium pipi


"Add hari ni isnin kan aku rasa nak puasa. Kau nak ikut"

"Hahh? Mana?" Add tak mendengar

"Mana apanya. Aku cakap nak puasa hari ni." 

"Seriously Ash? Okay i'm in" Add bagi kata putus, dia ikut tapi dia pelik. "Ash...mind if i ask you something?"

"Naaaa...apa yang serius macam tu? Shoot me. What is it?"

"Benda apa yang buat kau jadi macam ni, maksud aku kau lain. Dulu subuh kau tak kira pon gajah ke dinosaur. Lepas tu nak puasa lagi. Mana datang angin tu semua?"

"What if lepas ni aku nak pakai stokin, tudung labuh, ekstrem sangat ke ?"

"Kau serius? Ni tak termasuk dalam lawak menjatuhkan rahang aku kan?"

"Aku serius. Betul-betul ni!" sungguh-sungguh Ash buat pengakuan "..tapi tu la i've no valid reason. Initially yes maybe sebab kena angin lepas teman kau pergi kursus kahwin tu kot"

Macam nak terkeluar biji mata Add mendengar jawapan santai Ash "Kau jangan buat main lah. Kau jangan cakap kau jatuh hati kat ostad tu"

"Kau sangat pandai membaca isi hati aku. Haha. Tak ada la aku jatuh hati pon tapi aku teringin nak imam yang macam dia. So i've to change for good la kan"

"Aku tak faham la Ash, serius tak. Betul-betul la" Add bingung lagi

"Lah. Dah la makan cepat, karang habis waktu nak sahur jangan nak mengadu kebulur" Ash malas buat penjelasan

"Ashhhhhhhhhhhhh!" Add geram



***



Dan aku rasa maksud Ash tu kalau pon dia tak dapat ostad tu, at least dapat yang macam ostad tu pon tak pe dah. Kalau dia masih macam dulu subuh tak kira gajah dinosaur, yang macam ostad pon belum tentu nak cari dia.

littleqalbu





No comments:

Post a Comment