Ash sibuk dalam bilik terdengar ketukan pintu tanpa suara. Bilik bersepah takut yang ketuk pegawai pejabat kolej percuma nanti kena kompaun.
"Ashhhhh... Asalamualaikum kau ada kat dalam ke tidak Ash"
Ash kenal sangat suara tu. Kawan merangkap tukang bebel tak berbayar dalam bilik. Tak bawak kunci la tu. Ngomel Ash sendiri sambil bangun memulas tombol pintu.
"Masya Allah Ash apa kena kau ni yang sampai berselerak serabut macam ni? Larat kau nak kemas ni"
"Alaaa nanti aku kemas la Add"
"Kau nak buat apa sebenarnya ni dengan barang-barang ni semua?"
"Aku nak pilih yang mana elok aku simpan yang tak berapa tu ingat nak alter tak pun donate je mana-mana"
Saat ni Addnin memang tak mampu nak melayan hangin apa yang masuk dalam kepala kawannya seorang ni sampai macam ni. Nak kata bergaduh boyfriend noooooo bertuah minah ni nak ada. Secret admirer bagi hadiah Inche Dustbin yang dapat. Ash memang cukup cantik dengan wajah putih bersih tapi sangat jarang dia bercakap dengan lelaki kalau tiada yang penting. Mahu tak mahu Add tetap perlu ambil tahu perihal Ash.
"Ash, kau tak nak cerita kat aku ke?"
"Hmmm.." Berat keluhan dilepaskan. "Kau betul nak tahu? Kau takkan judge aku teruk-teruk kan?"
"Naaa pernah ke aku judge kau teruk-teruk sebelum ni?"
"Tak. Okay macam ni lah senang cerita aku nak berubah tapi aku tak tahu nak mula dari mana. So, aku mula dari benda-benda basic aku la."
"And you still have no idea why with this sudden change ey? Kau nak aku tolong ke" Jujur Add gembira rasa nak senyum sampai terkoyak mulut mendengar pengakuan Ash. Sungguhla jangan menilai masa silam seseorang. Manusia berubah.
"Addddd...?"Ash dah mula nada kiasan dia.
"Kau nak minta apa?"
"Tak. Bukan. Aku nak terima kasih. Yupp. Thanks Add" Ash ikhlas.
"Whoaa, that last ayat macam kau berterima kasih aku terima kau jadi kawan kat mukabuku"
Ketawa meletus dalam perut masing-masing sampai senak. Ini memang terbaik punya kawan.
***
Dan bagi aku jangan la bila kawan nak berubah kau tanya banyak-banyak. Cukup sekali kalau dia tak menjawab kita hormat. Boleh kan kita tolong bawa dia pergi siratul mustaqim tu. Bawa dia seperti dia saudara baru.
littleqalbu
No comments:
Post a Comment